PENGARUH BUDAYA LUAR

Budaya Luar

PENGENALAN

Seperti yang kita tahu di era globalisasi ini banyak pengaruh budaya-budaya luar yang mampu menpengaruhi pemikiran dan cara bersosial bagi generasi muda sekarang disebabkan kita telah mencapai banyak kemajuan dan segala maklumat itu hanyalah dihujung jari.Oleh itu,kemasukan budaya luar lebih mudah kerana pada zaman milenium ini generasi muda tidak lekang dengan teknologi lebih mudah dipengaruhi pemikiran mereka melalui media massa,rancangan television,youtube yang ekstrem dan bercanggah dengan budaya kita.Dengan itu,kejutan budaya juga boleh dikaitkan dengan hal ini.Ringkasnya, budaya luar dapat meleburkan nilai-nilai,memesongkan pengertian ajaran agama dan dapat memusnahkan tunjang dan asas-asas penting sebagai amalan dan pembentukan keperibadian seseorang.Tambahan lagi,Mereka boleh kehilangan identiti terutama generasi muda sekarang ini.Pengaruh budaya luar dapat merosakkan jati diri seseorang itu dan kehilangan akidahnya.Contohnya,pengaruh pergaulan bebas,homoseksual,black metal,punk,gengsterisme dan sebagainya.


CONTOH-CONTOH BUDAYA LUAR

1)PENGARUH PERGAULAN BEBAS

Pengaruh pergaulan bebas yang mempengaruhi generasi sekarang , mereka cenderung
bersosial secara bebas sama seperti budaya barat,masa kini pergaulan bebas sudah bermaharajalela dan menyebabkan banyak generasi muda hilang akidahnya malahan maruah diri.Misalnya mereka tidak menghiraukan ada perbatasan jika bergaul secara bebas diantara lelaki dengan perempuan jika belum sah bergelar suami isteri.Oleh itu,banyak kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya anak luar nikah dan kes pembuangan bayi yang lebih teruk adalah penyebaran HIV dan herpes secara tidak terkawal dan sebagainya yang boleh menyebabkan kematian atau memyebabkan depresi.




2)HOMOSEKSUAL

Perkataan"Homoseksual" sendiri sebenarnya adalah perkataan yang tidak mempunyai sejarah panjang dan hanya pertama kali digunakan pada tahun 1869 bagi menggambarkan hubungan di antara dua individu sama jantina.Tidak dinafikan populariti terma atau label seperti "Gay" dan "Lesbian" ini dipacu agenda pihak-pihak tertentu yang mahu menormalisasikan cara hidup mereka di mata orang ramai.Aktiviti Homoseksual ini dapat dikaitkan daripada pengaruh budaya luar atau lebih tepat lagi pengaruh barat,Oleh itu,budaya ini bercanggah dengan ajaran agama yang melarang untuk mempunyai hubungan yang sama jantina.Di negara kita,pengaruh Homoseksual atau LGBT semakin berluasa dan masyarakat LGBT mulai berkembang dan menganggap ini adalah perkara biasa.



3)BLACK METAL

"Black Metal" ialah aktiviti ekstremisme kepada pemujaan syaitan. Budaya ini dapat dikaitkan dengan budaya dari barat.Black Metal dikenali dengan muziknya yang kasar dan liriknya mengandungi kata-kata kesat dan tidak menyenangkan,mereka juga bernyayi seperti syaitan iaitu mengeluarkan bunyi seperti seekor raksasa.Ini juga dapat dikaitkan dengan penolakan kewujudan Tuhan,bersifat keganasan dan seks secara rambang.Selain itu,mereka menghiaskan diri mereka dengan pakaian hitam dan berunsurkan "Satanic" dan mereka juga meminum darah kambing, mereka sering menggunakan simbol kambing dan bentuk bintang ataupun salib terbalik untuk merealisasikan identiti mereka sebagai ahli "BLACK METAL".Budaya ini banyak mempengaruhi masyarakat terutama generasi muda sekarang.Ini sangat bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni yang mendidik kita untuk menjadi seorang individu yang berguna untuk negara dan keluarga.



4)PUNK

Pengaruh budaya Punk di negara kita secara khususnya tidak asing lagi,budaya Punk ini memakai pakaian yang tidak senonoh dan mereka juga mewarnakan rambut mereka berwarna-warni,bertatu serta berambut "MOHAWK".Budaya ini datang dari barat dan telah tersebar di negara kita melalui media massa yang menyebabkan ada segelintir masyarakat yang meminati budaya ini.Selain itu,itu budaya Punk ini bercanggah dengan agama dan nilai-nilai murni serta budaya dan adat masyarakat setempat terutama di negara kita iaitu Malaysia.Tambahan pula,budaya Punk adalah kasar,misalnya mereka menggunakan kata-kata kesat,mereka bergaul bebas dan mereka juga mempunyai masalah penyalahgunaan benda terlarang iaitu dadah.Akhir sekali,mereka juga mempunyai muzik mereka yang dikenali sebagai muzik Punk seperti muzik bawah tanah "Underground".


5)GENGSTERISME

Budaya Gengsterisme adalah salah satu pengaruh budaya luar yang sering melakukan keganasan seperti perompakan,pembunuhan,perdagangan manusia,pengedaran dadah dan aktiviti jenayah yang menyalahi  undang-undang.Budaya ini dikaitkan dengan budaya "Yakuza" iaitu satu organisasi jenayah yang besar di Jepun dan budaya "Mafia" yang bermula di Italy lalu tersebar luas di EROPAH.Budaya ini adalah salah satu budaya yang sangat bahaya yang banyak mempengaruhi anak-anak muda sekarang kerana ini dapat menjanjikan gaji yang lumayan dan mereka tertarik untuk berkecimpung dengan kongsi gelap.Disamping itu,budaya ini dapat merosakkan akhlak dan budaya ini tidak berperikemanusian serta mereka mempunyai tatu yang berunsurkan keganasan.Sangat jelaslah budaya ini bercanggah dengan adat dan ajaran agama kerana ajaran agama tidak mengajar kekerasan malahan mengajar kebaikan.



RUMUSAN
   
  Kesimpulannya,semua masyarakat haruslah memainkan peranan masing-masing demi mengatasi 
budaya-budaya luar yang tidak baik,misalnya sebagai individu kita seharusnya mengaplikasikan nilai-nilai yang baik di dalam hidup kita serta berpegang kepada ajaran agama.Selain itu, sebagai ibubapa kita haruslah mendidik anak kita dengan baik dan menjaga tingka-laku mereka demi menjaga mereka daripada terpesong daripada ajaran yang baik , bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya".Seterusnya,sebagai kerajaan kita haruslah menguatkuasakan undang-undang demi mencegah budaya-budaya luar yang mampu merosakan anak bangsa kita seperti menapis tayangan yang berusurkan 18 tahun keatas terutama sekali daripada barat.Akhir sekali, semua pihak mempunyai peranan masing-masing bagai Aur dengan tebing.



TAJUK:Pengaruh Budaya Luar

SENARAI AHLI KUMPULAN:
1)Branold Janrius Barius (05DPE19F1095)
2)Joe Perry fletcher Ladin (05DPE19F1031)
3)Justine Malong Anak Rawi (05DPE19F1049)

Nama Kumpulan:Kumpulan Tiga 
KOD:MPU23042

Jabatan:Kejuruteraan Petrokimia (Proses)
Program:DPE2C
Nama Pengsyarah:Madam Fatin Izati


PENGHARGAAN
  Terlebih dahulu kami mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja E-Folio ini dengan sempurna
Kerja E-Folio ini dapat kami laksanakan dengan sempurna.

  Hasil kerja ini adalah atas kerjasama diantara kami sekumpulan antara mereka adalah Joe Perry dan Justine Malong.Mereka memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan memberikan pandangan masing-masing sehinggalah kerja E-Folio ini selesai.

  Dalam kesempatan ini,Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Madam Fatin izati dan Madam Surya yang telah membantu kami menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai.Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah difahami.

  Akhir sekali,Kami berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada E-Folio ini.

Comments